Berita Utama

Judi di tempat awam: Polis tahan 8 individu

Mereka berusia 18-62 tahun ditahan dalam Op Noda dan Dadu

KUALA LUMPUR, 16 Syaaban 1443H, Sabtu – Seramai lapan individu ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan perjudian di tempat awam iaitu di sebuah pusat hiburan di Batu 3, Jalan Ipoh.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata mereka yang berusia 18 hingga 62 tahun yang ditahan dalam Op Noda dan Dadu itu terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang lelaki warga asing.

Beliau berkata siasatan mendapati kegiatan perjudian itu berselindung di sebalik sebuah pusat hiburan yang dipercayai beroperasi sejak dua minggu lepas dan semasa serbuan dilakukan, sembilan pelanggan lain sedang berhibur sambil minum minuman keras.

“Sembilan pengunjung pusat hiburan itu dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard Pelan Pemulihan Negara manakala lapan orang terdiri daripada dua penjaga, dua pekerja pusat hiburan dan empat pemain judi ditangkap,” katanya dalam kenyataan.

Beh berkata semakan rekod mendapati empat daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan pelbagai kesalahan.

Katanya kesemua lapan individu itu direman untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan 1953 kerana tidak memiliki lesen hiburan dan Seksyen 7 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana berjudi di tempat awam.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button