Berita Utama

Pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 mulai 1 Mei

Akan berkuat kuasa terlebih dahulu babit syarikat besar, GLC

KUALA LUMPUR, 16 Syaaban 1443H, Sabtu – Kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan di seluruh negara mulai 1 Mei ini, umum Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata perkara itu akan berkuat kuasa terlebih dahulu membabitkan syarikat-syarikat besar dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

“Bagi syarikat-syarikat mikro yang mempunyai kurang pekerja dan kurang pendapatan, Menteri Sumber Manusia (Datuk Seri M. Saravanan) akan berbincang dengan Tan Sri Noh Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) mohon agar tangguhkan dulu (penguatkuasaan) kepada syarikat-syarikat kecil ini,” katanya.

Ismail mengumumkan perkara itu ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di sini hari ini.

Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan Bajet 2020. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button