Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Terpengaruh dakyah punca Kelantan paling rendah ambil dos penggalak

Hanya 24.4 peratus populasi dewasa menerima dos penggalak

KOTA BHARU, 16 Syaaban 1443H, Sabtu – Mudah terpengaruh dengan pelbagai dakyah pihak tidak bertanggungjawab dikenal pasti antara punca ramai rakyat Kelantan takut mengambil dos penggalak COVID-19 menyebabkan rakyat negeri itu antara yang paling rendah mendapatkan suntikan dos berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata setakat semalam, hanya 24.4 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi dewasa di Kelantan telah menerima dos penggalak COVID-19.

“Sehingga kini, kita (Kelantan) paling rendah ambil vaksin, sedangkan pada April ini, kita sudah memasuki fasa peralihan ke endemik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gotong-royong Pesisir Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Kundor yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam (MPKB- BRI) Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf, di sini hari ini.

Seramai 1,000 peserta terdiri daripada anggota badan bukan kerajaan (NGO), pelajar dan agensi kerajaan terlibat dalam program tersebut.

Justeru, Dr Izani meminta rakyat negeri itu agar mengabaikan dakyah berkenaan dan segera mendapatkan suntikan dos penggalak bagi mengurangkan kesan lebih serius apabila dijangkiti COVID-19.

Beliau turut mengingatkan rakyat negeri itu supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan COVID-19 terutama apabila negara ini memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April depan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button