Pendapat

Melumpuhkan kandungan lucah dalam industri hiburan

Popularkan logo halal untuk industri hiburan

DALAM kawal selia (governance), ada tiga jenis;

a) Top-Down Governance: Kerajaan sendiri menapis, dan mengenakan hukuman kepada penyiar kandungan lucah. Contoh dalam industri halal: Kerajaan mengeluarkan logo halal, dan menghukum mereka yang salah guna logo halal.

b) Self-Governed: Pemain industri hiburan sendiri yang bersatu dan mengeluarkan standard hiburan sendiri, dan mereka mengeluarkan logo serta sijil sendiri untuk kandungan patuh syariah. Contoh: Dalam kewangan Islam, Elzar Syariah yang dikelola Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman mengeluarkan sijil patuh syariah untuk pemain industri kewangan.

c) Public-Governed: Masyarakat menggunakan sistem nilai mereka sendiri untuk memberi rating, memboikot dan menyuarakan bantahan. Contoh: NGO membantah keras aksi panas Zul Arifin.

Jika kita mampu gerakkan ketiga-tiga governance, itu memang tip-top. Namun, kita belum mampu. Justeru, kita tumpukan usaha pada method yang paling efektif.

Antara tiga kawal selia di atas, yang mana paling efektif untuk industri hiburan?

Jika umat ini mengharap semata-mata kepada kerajaan, mereka tak memiliki azam politik (political-will) yang kuat, kerana perkara ini tak popular walaupun benar.

Saya yakin masih ramai anggota masyarakat yang mempunyai sistem nilai yang sahih, tetapi mereka tidak vokal, menyebabkan seruan mereka tenggelam.

Justeru, saya memilih yang kedua, iaitu menghimpun pemain industri yang mempunyai hasrat murni, mengeluarkan standard sendiri, dan mempopularkan logo halal untuk industri hiburan. Mereka juga perlu tunjukkan model real dan jelas; Bagaimana rupanya filem patuh syariah itu? Seperti Dirilis Ertugrul kah? Atau seperti Syukur 21 kah?

Untuk rekod, Jakim pernah mengeluarkan Garis Panduan Hiburan Dalam Islam (2015), tapi saya tak pasti sejauh mana pemakaiannya.

Kesimpulannya, pendekatannya adalah dari industri untuk industri. Marilah kita menjadi Qawwam (Pemimpin) yang dinanti itu, yang akan mengangkat bendera kebenaran, dan menghimpunkan insan soleh yang mempunyai hasrat yang sama, lalu merealisasikan logo halal baharu untuk Malaysia; Filem Halal.

Bilal Jailani
Yang Dipertua ISMA Bangi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button