Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

PEMBELA harap Jakim dipertahan daripada anasir tidak elok

KP Jakim wanita pertama diyakini mampu pikul tanggungjawab dengan integriti

BANGI, 17 Syaaban 1443H, Ahad – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Hakimah Mohd Yusoff atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang berkuat kuasa 21 Mac ini.

Menerusi satu kenyataan, hari ini Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya berkata, beliau yakin Hakimah dapat memikul tanggungjawab dengan penuh berintegriti dalam memastikan keabsahan implementasi berkenaan agama Islam di negara terus diperkasakan.

“Alhamdulillah, tahniah kepada Datuk Hakimah Mohd Yusoff atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jakim.

“Beliau juga merupakan wanita pertama dilantik untuk jawatan yang sangat penting dalam institusi Islam yang paling penting di peringkat Persekutuan ini,” katanya.

Susulan pelantikan itu juga, Aminuddin menyatakan harapan agar Jakim dapat dipertahankan daripada anasir tidak elok meresapinya.

Beliau memberi contoh beberapa tahun yang lalu di mana pejuang golongan songsang, golongan Islamofobik dan anti-Jawi dijulang-julang dalam bangunan Jakim itu sendiri.

“Tidak lupa juga sejak sekian lama naratif dan usaha-usaha pihak tertentu yang menyatakan bahawa Jakim itu tidak berperlembagaan.

“Saya harap Jakim di bawah kepimpinan Datuk Ustazah Hajah Hakimah dapat memandang serius serta memulakan langkah-langkah strategik untuk menghadapi arus ini yang saya jangka akan lebih dahsyat dan agresif lagi pada masa yang mendatang,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, PEMBELA – gabungan NGO prihatin dan proaktif dalam usaha mengangkat dan mendaulatkan Islam – sentiasa terbuka menghulurkan tangan untuk membantu Jakim dalam memperkasa apatah lagi mempertahankan institusi Islam ini.

“Saya doakan Datuk Ustazah Hajah Hakimah diberikan kekuatan dan kebijaksanaan oleh Allah SWT untuk mengemudi Jakim, Insya-Allah,” katanya.

Pautan terdahulu;

Hakimah wanita pertama dilantik Ketua Pengarah Jakim

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button