Berita UtamaDunia

Ukraine dakwa Russia bom sekolah di Mariupol

Orang awam masih berada di bawah runtuhan

LVIV, 17 Syaaban 1443H, Ahad – Pihak berkuasa Ukraine mendakwa, tentera Russia mengebom sebuah sekolah di Mariupol yang juga kawasan ratusan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak berlindung.

“Semalam, Russia menggugurkan bom di sebuah sekolah seni No 12,” kata Majlis Bandaraya itu di aplikasi Telegram, hari ini.

Katanya, kira-kira 400 orang awam termasuk wanita, kanak-kanak dan warga emas berlindung di sana daripada serangan bom.

“Bangunan di timur bandar itu musnah. Orang awam masih berada di bawah runtuhan,” kata majlis itu.

Tentera Russia telah menyerang lebih jauh ke dalam bandar strategik itu, yang dibedil selama beberapa hari dan menghadapi gangguan komunikasi hampir keseluruhan.

Pihak berkuasa bandar juga berkata, beberapa penduduk Mariupol dibawa secara paksa ke Russia dan dilucutkan pasport Ukraine mereka.

Penasihat kepada Datuk Bandar Mariupol, Petro Andryushchenko berkata, penduduk telah dibawa ke bandar Russia Tomsk, Vladimir dan Yaroslavl. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button