Dunia

Eropah sedia guna vaksin COVID-19 Johnson & Johnson

Lebih 320,000 dos tiba di 10 negara EU pada Rabu

BERLIN, 10 Ramadan 1442H, Khamis – Negara-negara Eropah bersedia menggunakan vaksin COVID-19 Johnson & Johnson (J&J) dan mempercepatkan kempen imunisasi setelah penghantarannya terhenti selama seminggu. 

Kementerian Kesihatan Jerman berkata, penghantaran akan dimulakan ke negara-negara persekutuan untuk kegunaan pusat vaksinasi tidak lama lagi, sementara Perancis pula dijangka menerima vaksin mulai minggu depan. 

Belanda turut merancang untuk menggunakannya minggu depan.

Lebih 320,000 dos tiba di 10 negara di 30 Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) pada Rabu, menurut data Pusat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Eropah (ECDC). 

Poland dan Belanda pula masing-masing menerima 117,600 dan 79,200 dos.

Jumlah itu hanyalah sebahagian kecil daripada 134 juta dos vaksin COVID-19 yang dihantar sejak hampir empat bulan lalu, berbanding dengan penghantaran lebih besar dari Pfizer-BioNTech ketika itu. 

Penghantaran vaksin keempat yang dibenarkan di Eropah itu memberi harapan kepada kerajaan untuk segera mendapatkan suntikan setelah dibelenggu masalah pengeluaran dan keselamatan. 

Wilayah itu juga berdepan lonjakan kes jangkitan yang memaksa beberapa negara untuk melaksanakan kembali perintah berkurung. 

J&J dijadualkan menghantar 55 juta dos vaksinnya ke EU pada akhir bulan Jun ini.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button