Berita Utama

PKP di 6 daerah di Selangor bermula Khamis

Babit Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat, Sepang

PUTRAJAYA, 22 Ramadan 1442H, Selasa – Enam daerah di Selangor diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 6 Mei sehingga 17 Mei, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata enam daerah itu adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang manakala baki tiga daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor kekal dengan status PKP Bersyarat (PKPB).

“Dalam mengekang COVID-19 kerajaan sentiasa menilai semula arahan PKP khususnya di negeri yang mencatatkan kes positif secara mendadak.

“Kerajaan negeri Selangor melalui Menteri Besar dan Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor telah membentangkan untuk pelaksanaan PKP di Selangor,” katanya dalam sidang media mengenai PKP, PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Beliau berkata pergerakan merentas negeri dan daerah di enam daerah yang dikenakan PKP di Selangor tidak dibenarkan kecuali kes kecemasan seperti kes kematian. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button