Dunia

Russia buka koridor kemanusiaan bermula Isnin

Koridor mula dibuka 10 pagi dari bandar Mariupol ke timur dan barat

MOSCOW, 18 Syaaban 1443H, Isnin – Kementerian Pertahanan Russia pada Ahad mengumumkan pembukaan koridor bantuan kemanusiaan dari bandar Mariupol bermula Isnin, lapor Agensi Anadolu (AA).

Pengarah Pusat Pengurusan Pertahanan Russia, Kolonel-Jeneral Mikhail Mizintsev berkata koridor berkenaan mula dibuka pada 10 pagi waktu Moscow (0700gmt) dari bandar Mariupol ke timur dan barat.

Mizintsev menyeru pihak berkaitan mematuhi gencatan senjata bermula 9.30 pagi waktu tempatan.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurangnya 902 orang awam telah terbunuh dan sekitar 1,459 cedera sejak Russia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine pada 24 Februari.

Angka sebenar dikhuatiri lebih tinggi.

Lebih 3.38 juta rakyatnya telah melarikan diri sejak krisis tercetus, dengan lebih dua juta pelarian mencari perlindungan di Poland, hampir 530,000 ke Romania dan lebih 362,000 di Moldova. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button