Berita UtamaDunia

Russia sekali lagi guna peluru berpandu hipersonik di Ukraine

Peluru berpandu jelajah Kalibr dilancar ke atas loji baiki kenderaan berperisai

MOSCOW, 18 Syaaban 1443H, Isnin – Kementerian Pertahanan Russia mendedahkan, negara itu menyerang Ukraine dengan peluru berpandu jelajah dari kapal di Laut Hitam dan Caspian serta peluru berpandu hipersonik dari ruang udara Crimean.

Jurucakap Kementerian Pertahanan, Mejar Jeneral Igor Konashenkov pada Ahad berkata, peluru berpandu hipersonik Kinzhal (Dagger) mengenai depoh bahan api Ukraine di Kostiantynivka berhampiran pelabuhan Laut Hitam Mykolaiv.

Katanya, peluru berpandu jelajah Kalibr dilancarkan dari perairan Laut Hitam ke atas loji Nizhyn yang membaiki kenderaan berperisai Ukraine yang rosak dalam pertempuran.

Serangan itu menandakan hari kedua berturut-turut Russia menggunakan Kinzhal – senjata yang mampu menyerang sasaran sejauh 2,000 kilometer (km) – 1,250 batu – pada 10 kali kelajuan bunyi.

Konashenkov turut mendedahkan, satu lagi serangan peluru berpandu yang dilancarkan mengenai kemudahan di Ovruch di wilayah Zhytomyr utara, kawasan pangkalan pejuang asing dan pasukan khas Ukraine.

Pada hari sebelumnya, tentera Russia mendakwa, Kinzhal digunakan buat kali pertama dalam pertempuran untuk memusnahkan depot peluru di Diliatyn di pergunungan Carpathian, di barat Ukraine. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button