Artikel Khas

Yahudi yang kita benci

Pendatang luar yang datang menagih simpati mohon perlindungan di Palestin suatu ketika dahulu

TAK kenal maka tak benci. Mungkin itulah kata-kata yang sesuai untuk diungkapkan bila berbicara tentang bangsa Yahudi. Dalam banyak benda, kita umat Islam diajar supaya bersifat ‘al-tafaul’ atau optimistik. Namun ada sesetengah benda yang kita disuruh untuk bersikap ‘al-tasyaum’ atau pesimistik. Antaranya ialah kita disuruh berwaspada dengan bangsa Yahudi terutamanya Zionis laknatullah.

Asal-Usul Yahudi

Kalau kita berbicara tentang bumi Palestin, kita selalu sebut bahawa ia bumi milik umat Islam. Yahudi yang ada sekarang ini adalah pendatang luar yang datang menagih simpati memohon perlindungan suatu ketika dahulu. Kalau begitu, dari mana asalnya Yahudi ni? Siapa pula penghuni asal bumi Palestin? Kenapa Yahudi bersungguh sangat ingin mendirikan negara di sana?

Ahmad Syalabi dalam bukunya al-Yahudiyyah: Muqaratul Adyan menyatakan bahawa pada peringkat awal, bumi Palestin diduduki oleh kabilah Arab yang berhijrah dari Semenanjung Tanah Arab ke arah utara kerana kemarau teruk di sana. Kabilah ini dikenali dengan nama Phoenicia kira-kira tahun 3000 SM. Kemudian beberapa kabilah lain seperti Kan’aan mendiami kawasan ini lalu ia dikenal sebagai bumi Kan’aan sekitar tahun 2500 S.M.

Nabi Ibrahim a.s. dan pengikutnya adalah antara kabilah yang mengembara dan menetap di Kan’aan ini. Kisah perpindahan ini dirakamkan dalam surah al-Anbiyak ayat 71 yang bermaksud, “Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami berkatinya untuk sekalian manusia.” Kelompok ini dan seluruh keturunannya dinamakan Ibrani.

Nabi Ibrahim mempunyai dua orang anak iaitu Ismail a.s. dan Ishak a.s.. Ismail a.s. merupakan putera sulung hasil perkahwinan dengan Siti Hajar manakala Ishak anak hasil perkahwinan yang pertama dengan Siti Sarah. Dari keturunan Ismail a.s. inilah lahirnya bangsa Arab yang digelar Arab Musta’ribah. Ishak a.s. dilantik untuk memimpin kaum Ibrani selepas kewafatan ayahnya. Setelah kewafatan Ishak a.s., tanggungjawab memimpin kaum Ibrani itu diambil oleh Yaakub a.s.

Nabi Yaakub a.s. mempunyai 12 orang anak dari empat orang isteri. Beliau digelar Israel iaitu hamba atau pejuang Allah. Keturunannya digelar Bani Israel atau anak-anak Yaakob. Keturunannya juga disebut dengan bangsa Yahudi merujuk kepada salah seorang anaknya iaiitu Yahuda.

Bani Israel Sebelum Memasuki Palestin

Sebagaimana yang disebutkan sebelumnya, Yaakub a.s. dan keturunannya mendiami bumi Kan’aan (Palestin) menggantikan kepimpinan ayahnya. Oleh kerana terjadi kemarau yang panjang, mereka telah berpindah dari Palestin ke Mesir atas anjuran salah seorang anaknya yang menjadi pembesar Mesir iaitu Nabi Yusuf a.s.

Di Mesir, mereka hidup dengan baik pada peringkat awalnya bersama rakyat tempatan namun setelah berkembangnya Bani Israel, mereka tidak disukai dan dimusuhi oleh penduduk Mesir. Ini kerana, sebahagian besar Bani Israel bersikap sombong dan berbangga dengan status mereka sebagai bangsa pilihan. Kemuncaknya Firaun selaku raja Mesir mengeluarkan perintah agar dibunuh anak-anak lelaki sehinggalah lahirnya Nabi Musa a.s.

Oleh kerana Bani Israel menanggung ujian yang berat, Nabi Musa a.s. menyelamatkan kaumnya dengan membawa mereka keluar dari Mesir menuju ke Palestin. Setelah terselamat dan ditunjukkan pelbagai mukjizat, kaumnya tetap engkar arahan Nabi Musa a.s. untuk masuk ke Palestin. Mereka tidak mahu berjuang sebaliknya ingin masuk dengan mudah tanpa perang. Allah merakamkan ucapan mereka dalam surah al-Maidah ayat 24:

“Wahai Musa, kami sekali-kali tidak akan memasukinya, selagi mereka ada di dalamnya. Kerana itu, pergilah kamu Bersama tuhanmu dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini.”

Allah menghukum Bani Israel dengan dibiarkan tersesat di lembah sekitar Sinai selama 40 tahun dan tempat itu digelar sebagai Lembah Tih. Setelah wafatnya Nabi Musa a.s. sekitar 1200 S.M., tanggungjawab kepimpinan diserahkan kepada Yusya’ bin Nun atau disebut Joshua bagi orang Yahudi. Beratus-ratus tahun selepas itu, barulah orang Bani Israel berjaya memasuki bumi Palestin.

Bani Israel Selepas Memasuki Palestin

Setelah berjaya menguasai sebahagian bumi Palestin, Yusya’ bin Nun telah membahagikan kawasan tersebut kepada 12 bahagian sesuai dengan 12 puak yang ada ketika itu. Setelah berlalunya masa, kepimpinan Bani Israel dipegang oleh Thalut sekitar tahun 1100 S.M. Kerajaan mereka ketika itu berperang dengan Raja Jalut atau Goliath. Dalam satu peperangan, Jalut mati dibunuh seorang tentera bawahan bernama Daud dan akhirnya diangkat menjadi raja Bani Israel yang agung.

Ketika pemerintahan Daud a.s. dan anaknya Sulaiman a.s. inilah telah dibina Haikal Sulaiman, sebuah tempat ibadat suci mereka. Orang Yahudi mendakwa di bawah Masjidil Aqsa terdapat Haikal Sulaiman yang hilang. Menurut sejarah, kerajaan Bani Israel di Palestin hancur setelah ditewaskan oleh tentera Babylon di bawah Raja Nebukhadnesar. Kemuncak Yahudi dihalau keluar dari bumi Palestin ialah setelah mereka melakukan pemberontakan pada zaman pemerintahan Rom sekitar tahun 70 M. Mereka lari bertebaran di serata dunia dan hidup sebagai komuniti kecil tanpa sebuah negara sendiri.

Yahudi Itu Zionis?

Adakah Yahudi itu semuanya Zionis dan sebaliknya? Zionis itu pada asalnya satu gerakan keagamaan Yahudi sebelum berubah menjadi gerakan politik. Ia berkait dengan konsep Messiah atau penyelamat yang akan datang akhir zaman untuk menyelamatkan mereka. Yahudi di bawah Theodor Herzl (1860-1904) telah menubuhkan Pertubuhan Zionis Sedunia. Maka bermulalah Zionisme sebagai sebuah gerakan politik. Theodor Herzl dikatakan sudah berputus asa dengan keadaan Eropah yang memusuhi bangsa Yahudi. Satu-satunya jalan penyelesaian kepada masalah tersebut adalah dengan kelahiran sebuah negara Israel.

Yahudi yang ada sekarang bukan semuanya Zionis. Bahkan ada beberapa pertubuhan atau mazhab dalam Yahudi yang tidak bersetuju dengannya. Itu secara zahir di depan mata, jika ada maksud lain di alam sebalik mata, maka kepada Allah kita berserah. Apa-apa pun, Zionis sudah berubah dari pertubuhan agama kepada gerakan politik yang bermatlamat untuk mengembalikan semangat kaum Yahudi yang tersebar ke seluruh pelosok dunia ke Palestin iaitu di bukit Zion dan sekitarnya.

Kesimpulannya, sejarah Yahudi Palestin ini kisah yang panjang. Sama-samalah kita ambil masa untuk mengkaji dan membacanya. Semoga bertambah iman kita dengan bertambahnya cinta kepada umat Islam di Palestin dan dengan penghargaan kita terhadap perjuangan mereka.

Dr Abdul Wahab Md. Ali
Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Dungun, Terengganu

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button