Berita UtamaDunia

Singapura mahu buka kedutaan di negara haram Israel

Turut berhasrat buka pejabat perwakilan di Tebing Barat

BAITULMAQDIS, 19 Syaaban 1443H, Selasa – Singapura berhasrat untuk membuka kedutaannya yang pertama di Tel Aviv selepas hampir enam dekad menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Zionis berkenaan.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan yang memaklumkan, Singapura juga akan membuka pejabat perwakilan di Tebing Barat dalam usaha mengeratkan hubungan dengan Palestin.

Menteri Luar Israel, Yair Lapid yang mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya semalam berkata, keputusan Singapura untuk membuka pejabat kedutaan dilihat menyerlahkan hubungan baik dan istimewa antara dua negara yang telah dibangunkan sejak 1965.

Dalam lawatan berkenaan, Balakrishnan turut mengadakan pertemuan dengan beberapa pegawai Palestin di Ramallah termasuk Perdana Menteri, Mohammed Shtayyeh.

Menerusi ciapan di laman Twitter, beliau menjelaskan pembukaan pejabat di Tebing Barat bertujuan menyelaraskan bantuan-bantuan teknikal selain memudahkan penglibatan dengan Palestin.

Sejak kebelakangan ini dilihat beberapa negara meningkatkan hubungan diplomatik dengan Israel.

Malah, Bahrain dan Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah membuka pejabat kedutaan di Tel Aviv, mencetuskan kemarahan rakyat Palestin yang menggesa semua negara Arab dan Islam untuk mengelakkan mengadakan hubungan dengan Israel. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button