Berita UtamaDunia

50 rakyat Palestin cedera Israel serbu kem pelarian Qalandia

Ramai sesak nafas akibat gas pemedih mata, 7 terkena tembakan

BAITULMAQDIS, 19 Syaaban 1443H, Selasa – Beberapa pemuda Palestin berdepan situasi tegang ketika tentera pengganas Israel menceroboh kem pelarian Qalandia, di utara Baitulmaqdis.

Menurut sumber tempatan, pasukan rejim Zionis melepaskan gas pemedih mata dan peluru logam bersalut getah ke arah rakyat Palestin sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 50 cedera.

Persatuan Bulan Sabit Merah berkata, ramai mangsa sesak nafas terhidu gas pemedih mata dan sekurang-kurangnya tujuh cedera akibat terkena tembakan.

“Semua mangsa dirawat di lokasi kejadian,” katanya.

Bukan hanya mencetuskan pertempuran, sumber memberitahu serbuan tentera Israel itu turut menangkap bapa kepada penduduk kem yang dibunuh rejim pada 2014.

Rejim Israel kerap menjalankan serbuan ke rumah Palestin hampir setiap hari di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis, kononnya untuk mencari individu dikehendaki sehingga mencetuskan pertempuran dengan penduduk.

Serbuan itu turut dilakukan di kawasan yang berada di bawah kawalan Pihak Berkuasa Palestin (PA), dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang waran. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button