Berita UtamaDunia

Bekas Menteri Kewangan Afghanistan kini jadi pemandu Uber di Washington

Tinggalkan tanah air kerana takut dirinya jadi mangsa penahanan kerajaan

WASHINGTON, 19 Syaaban 1443H, Selasa – Khalid Payenda yang pernah menyelia dan membentang belanjawan Afghanistan sebanyak AS$6 bilion ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan kini menjadi pemandu Uber di Washington, bagi menyara keluarga.

Payenda dalam temubual bersama Washington Post berkata, dia memperoleh pendapatan tidak lebih AS$150 (RM629) dalam tempoh enam jam bekerja.

Malah, bekas pemimpin berusia 40 tahun itu berkata, dia mampu memperoleh bonus sebanyak AS$95 (RM398) sekiranya berjaya melengkapkan 50 laluan dalam tempoh dua hari.

Payenda meletak jawatan sebagai Menteri kewangan di Afghanistan seminggu sebelum mengambil alih pentadbiran, Ogos tahun lalu.

Afghanistan kini berdepan masalah kewangan dan krisis kemanusiaan menyebabkan kebanyakan negara dalam dunia teragak-agak mengikitraf kerajaan Taliban.

Menerusi tweet yang dibuat pada 10 Ogos tahun lalu, Payenda memaklumkan pengunduran sebagai Menteri Kewangan.

Beliau meninggalkan tanah air berikutan ketakutan dirinya menjadi mangsa penahanan kerajaan sebelum membuat keputusan untuk berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama keluarga.

Beliau berkata, penghijrahan ke AS adalah perubahan terbesar dalam kehidupan namun bersyukur berada dalam keadaan selamat bersama keluarga. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button