Berita UtamaDunia

Jepun gesa Kemboja laksana pilihan raya adil, elak keganasan berterusan

Hargai sokongan Jepun sokong demokrasi dan kedaulatan undang-undang

PHNOM PENH, 19 Syaaban 1443H, Selasa – Kerajaan Jepun menggesa Kemboja mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil berikutan keganasan yang berlanjutan selama lima tahun ke atas parti pembangkang dan parti Rakyat kemboja (CPP) pimpinan Perdana Menteri, Hun Sen.

Gesaan berkenaan dibuat ketika lawatan beberapa hari pemimpin Jepun, Fumio Kishida ke negara itu, kelmarin.

“Perdana Menteri Jepun, Kishida menyatakan hasratnya untuk menyokong promosi demokrasi dan kedaulatan undang-undang,” katanya dalam pertemuan berkenaan.

Dalam pertemuan itu juga, kedua-dua pemimpin tersebut membincangkan untuk mengadakan pilihan raya yang mencerminkan ‘suara daripada rakyat Kemboja’.

Sementara itu, Perdana Menteri, Hun Sen menerusi kenyataan memaklumkan, beliau sangat menghargai sokongan Jepun dalam bidang ini dan menyatakan hasrat untuk melakukan usaha selanjutnya untuk menerapkan hasil sokongan ini ke dalam masyarakat Kemboja.

Kemboja akan melaksanakan pilihan raya pada 5 Jun depan selepas hampir lima tahun kerajaan Hun Sen telah menggunakan kuasa untuk cuba menutup mulut semua pembangkang politik yang berkaitan.

Mahkamah Agung turut mengharamkan parti pembangkang utama Parti Penyelamat Nasional Kemboja (CNRP), pada November 2017 kerana didakwa berperanan dalam menggulingkan kerajaan, selain menahan tokoh parti berkenaan.

Keadaan berkenaan mencetus ke arah pergolakan meluas oleh Perdana Menteri, Hun Sen terhadap pembangkang.

Ini adalah permulaan tindakan keras yang lebih meluas oleh Hun Sen terhadap pembangkang politik, NGO dan media bebas yang membuka jalan kepada CPP untuk memenangi semua 125 kerusi dalam pilihan raya umum Julai 2018 negara itu.

Sementara itu walaupun kenyataan berkenaan menampakkan Hun Sen menerima prosedur pilihan raya yang adil namun ada yang melihat parti pembangkang, yang dibentuk oleh ahli parti dilihat ancaman kepada parti utama berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button