Berita Utama

KKM keluar kompaun kepada Lim Kit Siang

Khairy jawab persoalan Najib, sertakan bukti kertas saman

KUALA LUMPUR, 19 Syaaban 1443H, Selasa – Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan kompaun kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) pengawalan wabak COVID-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi perkongsian di Twitter berkata, kompaun berkenaan dikeluarkan pada 20 Mac dan beliau turut menyertakan bukti kertas saman terhadap Lim.

Khairy membuat perkongsian itu sebagai reaksi selepas Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan mengapa Lim tidak didenda kerana berpelukan dengan ahli parti pada Kongres Kebangsaan DAP ke-17 yang berlangsung Ahad lepas.

“Kompaun sudah dikeluarkan kepada @limkitsiang. KKM juga harap @NajibRazak bayar satu kompaun yang dikeluarkan semasa PRN (Pilihan Raya Negeri) Johor yang masih belum settle (dijelaskan).

“KKM juga harap @NajibRazak menerima empat lagi kompaun yang dihantar melalui pos daftar yang pegawai DS (Datuk Seri) enggan terima sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini, Khairy dilaporkan berkata, KKM mengeluarkan lima kompaun kepada bekas perdana menteri itu atas kesalahan pelanggaran SOP pada PRN Johor.-  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button