Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Empat PRN makan belanja RM420 juta

RM149 juta dibelanjakan untuk PRN Sarawak Ke-12 pada 2021

KUALA LUMPUR, 20 Syaaban 1443H, Rabu – Sebanyak RM420 juta dibelanjakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sarawak, Melaka dan Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, daripada jumlah itu, masing-masing RM130 juta dan RM149 juta dibelanjakan untuk mengendalikan PRN Sabah ke-16 dan Sarawak ke-12.

SPR juga membelanjakan RM45 juta untuk menjalankan PRN Melaka ke-15 dan RM96 juta untuk PRN Johor ke-15 yang berakhir pada 12 Mac, lapor akhbar tempatan.

“Kos itu termasuk perbelanjaan untuk memperoleh dan menyewa peralatan pilihan raya, kenderaan, pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), logistik, elaun kakitangan pilihan raya dan lain-lain.

“Perbelanjaan itu juga termasuk peralatan (diperolehi) untuk memastikan pilihan raya diadakan mengikut garis panduan pencegahan COVID-19,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.

Beliau menjawab soalan Sim Chee Keong (PH-Bukit Mertajam) yang meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah perbelanjaan bagi setiap PRN yang diadakan di Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button