Berita Utama

Jika ibu atau bapa peluk Islam, anak bawah umur automatik Islam

Hak penjagaan juga diletak bawah ibu atau bapa beragama Islam

BANGI, 20 Syaaban 1443H, Rabu – Status agama anak yang berada di bawah umur adalah Islam, sekiranya salah seorang daripada ibu atau bapa memeluk agama Islam.

Bahkan, hak penjagaan anak itu juga hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam, menurut Jabatan Mufti Negeri Perak.

Fatwa itu diputuskan selepas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 12 September 2018 telah memperaku untuk menerima pakai keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) Kali ke-215 sebagai panduan hukum telah membincangkan status agama anak bawah umur selepas salah seorang pasangan memeluk Islam.

“Oleh yang demikian, apabila salah seorang pasangan (ibu atau bapa) memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan adalah secara langsung beragama Islam.

“Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa penjaganya tidak perlu dipinda,” kata jabatan itu dalam kenyataan, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button