Berita UtamaDunia

Kadar bayaran tol kapal transit di Terusan Suez meningkat kepada 14 peratus

Pihak berkuasa kata peningkatan selaras pertumbuhan ketara perdagangan global

KAHERAH, 20 Syaaban 1443H, Rabu – Pihak Berkuasa Terusan Suez (SCA) Mesir, semalam menaikkan kadar bayaran tol tambahan yang dikenakan ke atas beberapa kapal yang transit di terusan itu kepada 14 peratus daripada tujuh peratus sebelum ini.

Kadar baharu itu berkuat kuasa pada 1 Mei.

“Kenaikan itu akan dikenakan ke atas kapal kargo am, kapal yang membawa kenderaan, kapal pelbagai guna, kapal angkat berat, kapal kargo am dan pelbagai guna,” kata SCA dalam satu kenyataan.

Manakala, bayaran transit biasa bagi kapal tangki sarat minyak dan produk petroleum, meningkat kepada 15 peratus berbanding 5 peratus sekarang.

Kenyataan itu menyatakan bahawa peningkatan itu dibuat selaras dengan pertumbuhan ketara dalam perdagangan global, pembangunan laluan air, dan peningkatan perkhidmatan transit.

SCA berkata, kenaikan itu akan berkuat kuasa bermula 1 Mei, sambil menjelaskan bahawa ia akan disemak kemudian atau dibatalkan, mengikut perubahan dalam penghantaran global.

Pada Februari, SCA meluluskan bayaran tambahan ke atas beberapa kapal pada kadar antara lima hingga 10 peratus, berkuat kuasa bulan ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button