Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

SOSMA: PH tak boleh dipercayai, nilai semula kerjasama

'Memang sudah jadi kebiasaan mereka untuk memungkiri janji'

BANGI, 21 Syaaban 1443H, Khamis – Kerjasama di antara kerajaan dengan pembangkang perlu dinilai semula susulan kegagalan melanjut peruntukan seksyen 4(5) SOSMA 2012, semalam.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kegagalan usul itu diluluskan melalui kiraan undi majoriti adalah sesuatu yang tidak dijangka.

Katanya, ia menunjukkan sikap sambil lewa, bahawa rang undang-undang sepenting ini tidak diuruskan dengan strategik sebelum dibentangkan.

“Ini agaknya, semua beranggapan bahawa sudah wujud persefahaman yang jelas antara kerajaan dan pembangkang dalam hal-hal atau usul-usul yang melibatkan reformasi undang-udang dan dasar khususnya seperti yang dizahirkan dalam Perkara 3 Memorandum Persefahaman antara kerajaan dan pembangkang.

“Semua yang berlaku ini menunjukkan dengan jelas bahawa kerjasama dan persefahaman kerajaan dan pembangkang sebenarnya sangat sukar untuk diuruskan dengan berkesan.

“Adalah tidak keterlaluan untuk mengambil pendirian bahawa persefahaman tersebut sebenarnya telah gagal berfungsi seperti yang di harapkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, kerajaan yang terbentuk, bertahan dan berfungsi menggunakan mekanisme memorandum persefahaman (MoU) sebegini adalah sangat berisiko.

Apa lagi, dakwanya, bila Pakatan Harapan (PH) sebenarnya adalah pihak yang tidak boleh dipercayai dan memang sudah jadi kebiasaan mereka untuk memungkiri janji.

“Sesi Parlimen petang semalam terbukti mereka tidak teragak-agak untuk melanggar pendirian dan janji mereka.

“Saya percaya, semua ini memberi tamparan hebat kepada kerajaan dan suatu peristiwa yang sangat memalukan.

“Ia secara langsung mewajarkan kerajaan untuk menilai semula kedudukan kerjasamanya dengan PH,” tegasnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button