Berita Utama

PEMBELA anjur Konvensyen Perundangan: Mengarusperdana Syariah

Beri tumpuan bincang isu-isu berkaitan perundangan syariah

BANGI, 22 Syaaban 1443H, Jumaat – Kemelut yang melanda sistem perundangan syariah mendorong Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menganjurkan Konvensyen Perundangan: Mengarusperdanakan Syariah bagi membincangkan isu-isu berkaitannya.

Konvensyen yang julung kali diadakan itu bakal menampilkan tokoh-tokoh seperti pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz dan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Mereka akan mengupas isu berkaitan kes-kes diputuskan di mahkamah, baru-baru ini selain memberi perspektif benar tentang kes-kes telah yang berlaku di mana akhir-akhir ini tidak menyebelahi Islam.

Turut dikupas adalah pendedahan daripada perspektif mengarusperdanakan syariah di negara ini secara keseluruhannya.

Selain itu, konvensyen turut menampilkan pembentangan kertas kerja daripada panelis terpilih.

Mereka adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syariah, Tan Sri Dr Syeikh Ghazali Abdul Rahman bersama Prof Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Hussain dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hajah Hakimah Yusoff.

Konvensyen bakal diadakan di Hotel Tamu, Kampung Baru, Kuala Lumpur bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dijadual menyampaikan ucapan perasmian.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput bersama menjayakannya dengan menghubungi Hazri di talian 6013 652 3799.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button