Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Kerajaan mahu usul semula tahanan 28 hari SOSMA: Hamzah

'Apabila kita hapuskan ISA, ada beberapa peristiwa terlepas daripada tindakan undang-undang'

BANGI, 22 Syaaban 1443H, Jumaat – Kerajaan akan mengusulkan semula ke Dewan Rakyat untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya akan menggunakan segala perundangan sedia ada untuk memastikan SOSMA akan terus berkuat kuasa selepas ini.

“Peruntukkan undang-undang ini telah diwujudkan bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) apabila kita hapuskan ISA, ada beberapa peristiwa terlepas daripada tindakan undang-undang termasuk berlaku jenayah terancang.

“Sebab itu, kita fikir instrumen yang terbaik agar SOSMA dapat diteruskan,” katanya seperti dipetik akhbar tempatan, hari ini.

Kata Hamzah, seksyen membabitkan tahanan 28 hari tidak boleh lagi digunakan selepas Julai ini.

“Jadi kalau kita mahu tangkap penjenayah yang melibatkan sindiket yang besar dan ramai kita perlu gunakan Kanun Prosedur Jenayah kemudian bawa mereka ke majistret, apa akan jadi?” persoalnya.

Malah beliau menegaskan tidak mustahil dalam tempoh berkenaan penjenayah boleh menghapuskan segala barang bukti yang ada.

“Itu sebabnya, 28 hari itu amat penting untuk siasatan dapat dijalankan satu persatu dan seterusnya ada rangkaian bukti yang diperlukan dapat diperolehi,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hamzah melahirkan rasa terkilan kerana ada juga pihak sebelah kerajaan tidak menyokong undian berkenaan.

“Pembangkang itu satu bab, mereka main politik semata-mata.

“Saya minta rakyat sedar bahawa jangan la fikirkan politik. Hikmahnya, Allah nak tunjuk pada kita semua ada kumpulan yang tuntut sayang pada negara rupanya sebaliknya pula,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button