Dunia

Korban serangan berkembar di Somalia meningkat

Pengeboman berani mati sasar calon pilihan raya Parlimen

MOGADISHU, 22 Syaaban 1443H, Jumaat – Angka kematian akibat serangan berkembar yang mengorbankan calon pilihan raya Parlimen di Somalia, meningkat kepada 48 orang.

Amina Mohammed – pengkritik lantang kerajaan – terbunuh dalam serangan pengebom bunuh diri di bandar Beledweyne pada Rabu, iaitu malam sebelum beliau dijangka pemilihan semula.

Presiden negeri Hirshabelle dalam satu kenyataan berkata, dua letupan itu membunuh 48 yang lain termasuk peniaga, pegawai dan orang awam serta mencederakan 108 yang lain.

“Pengeboman berani mati pertama menyasarkan ahli parlimen Amina dan mereka yang bersamanya.

“Dan apabila mangsa dibawa ke hospital, bom kereta bunuh diri menyasarkan mereka,” katanya. 

Kumpulan militan Al-Qaeda Al Shabab mendakwa mereka bertanggungjawab di sebalik serangan pengeboman itu.

Somalia sedang menjalankan pilihan raya parlimen dalam proses tidak langsung yang membabitkan pemilihan 275 ahli dewan rakyat, yang kemudian memilih presiden baharu pada tarikh belum ditetapkan.

Dalam satu kenyataan lewat Rabu, Perdana Menteri, Mohammed Hussein Roble berkata, pembunuhan itu bertujuan menganggu proses pilihan raya.

Data suruhanjaya pilihan raya menunjukkan pemilihan 246 ahli Parlimen setakat ini telah selesai lebih awal daripada tarikh akhir 15 April.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button