Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Pendapat

Selagi perjuang Malaysian Malaysia, apa juga gelaran tidak layak

Iktiraf ultra kiasu akan guris hati pejuang kemerdekaan, tanah air

SAYA begitu terkejut bila ada yang mencadangkan pengiktirafan diberikan kepada bapak ultra kiasu, yang baharu sahaja mengumumkan persaraannya daripada politik.

Ultra kiasu tua ini tidak bersara pun, cuma tidak bertanding, dia tetap menjadi penasihat kuat kepada parti perkauman Malaysian Malaysia yang ditubuhkan itu.

Jika dia masih kuat dan usianya masih muda, saya tidak fikir dia akan bersara. Dia tegar dengan Malaysian Malaysianya.

Cuba pergi tanya dia, apakah dia akan menasihatkan lapisan pimpinan yang ditinggalkannya itu untuk menggugurkan perjuangan Malaysian Malaysia?

Jika tidak jangan bercakap soal pengiktirafan. Mengiktiraf beliau bererti mengiktiraf Malaysian Malaysia. Sama seperti mengiktiraf Chin Peng beerti mengiktiraf komunis.

Lupakah kita siapakah yang beriya-iya mahukan Chin Peng diiktiraf dan abunya dibawa ke dalam negara?

Ini belum lagi termasuk perkara-perkara sensitif yang kerap mencetuskan dan menimbulkan ketidakharmonian negara. Lebih-lebih lagi perkara berkaitan Melayu dan Islam.

Perjuangan ini ternyata amat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi dasar kepada negara.

Memberikan pengiktirafan kepada ultra kiasu akan mengguris hati pejuang-pejuang kemerdekaan dan tanah air tercinta ini.

Tertanya-tanya saya, atas dasar apa sehingga perlu diberikan pengiktirafan? Berkhidmat lama dalam politik, bukan bermakna perlu diberikan pengiktirafan. Apa yang dikhidmatkan?

Jika sekadar membantu rakyat, ramai lagi nama wira yang didendang, membantu rakyat siang dan malam seperti ‘uncle kentang’. Kenapa wira-wira tidak didendang ini, tidak dicadangkan nama-nama mereka.

Usahkan gelaran Tun, panggilan tuan pun dia tidak layak, selagi dia tidak mengiktiraf siapakah tuan sebenar bumi yang asalnya, bernama Tanah Melayu ini.

Jika nak beri sangat, biarkan kerajaan Pulau Pinang yang beri, bukan kerajaan Persekutuan. Lagi pun dia bertanding di Parlimen negeri Johor. Biarkan bangsa Johor yang tentukan sumbangannya.

Apakah kita begitu mudah lupa dengan kata-kata yang dihemburkan dalam peristiwa hitam 13 Mei 1969?

Apakah kita sudah lupa kenapa ultra kiasu di’ISA’kan suatu ketika dahulu? Apakah yang menyebabkan dia di’ISA’kan?

Jika nak diberikan penghargaan kepada pemimpin parti ultra kiasu yang  telah bersara ini, bukan beliau, tetapi Dr Tan Seng Giaw, bekas ahli Kepong. Beliau selayaknya diberikan pengiktirafan kerana, perjuangan dan khidmatnya untuk rakyat, juga sebagai pakar perubatan.

Fasih berbahasa Melayu dan amat menyanjung agenda hidup bernegara, tidak terlampau Malaysian Malaysia, seperti bapak ultra kiasu ini.

Namun, kadang-kadang terfikir juga, daripada memberikan gelaran kepada perompak, penyamun, pencuri, penjahat, gangster,  hanya kerana mereka berduit untuk membeli gelaran tersebut, apakah layak ultra kiasu ini diberikan gelaran?

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button