Berita Utama

Tindakan Loh sudah dijangka, MRM siap buat persiapan awal

MRM jalin kerjasama dengan individu, pergerakan depani kes ini

BANGI, 23 Syaaban 1443H, Sabtu – Apa yang dilakukan oleh ibu kepada tiga remaja mualaf, Loh Siew Hong sudah dijangka.

Malah, segala bentuk perancangan serta tindakan wanita itu selepas ini juga sudah boleh dibaca.

Pendakwah bebas, Firdaus Wong berkata, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Ustazah Nazirah Nanthakumari Abdullah ketika dihubungi baru-baru ini.

Selain itu, pihaknya juga telah mengambil tindakan sewajarnya sebagai persediaan dalam mendepani segala bentuk kemungkinan.

“Apabila Ustazah Nazirah menghubungi saya pada 8 Februari lalu, saya telah memberitahu kepada beliau tiga perkara yang Loh Siew Hong akan buat berdasarkan pengalaman kami.

“Empat-lima hari kemudian, apa yang saya sebutkan pada Ustazah Nazirah berlaku.

“Maka segala yang dilakukan mereka setakat ini adalah sesuatu yang telah dijangka lebih awal dan persiapan lebih awal telah pun dilakukan,” kongsinya dalam satu hantaran di Telegram, hari ini.

Beliau yang juga pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM) menyatakan, tidak akan bergerak secara solo dalam menghadapi kes ini.

Sebaliknya, katanya lagi, kerjasama akan dilakukan bersama individu dan pergerakan lain.

“Pengalaman dan kajian kami diaplikasikan untuk ‘pre-emptive’ (pra-emptif) rancangan untuk kami pula merancang beberapa langkah ke depan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button