Dunia

Institut gunung berapi Filipina tingkat tahap amaran Gunung Taal

Ia mengeluarkan kepulan asap setinggi 1,500 meter

MANILA, 23 Syaaban 1443H, Sabtu – Institut Volkano dan Seismologi Filipina pada Sabtu meningkatkan amaran berjaga-jaga selepas mengesan “peningkatan aktiviti gunung berapi” di Gunung Taal, dekat Manila.

Institut itu meningkatkan amaran kepada tahap tiga daripada lima selepas gunung berapi pulau itu mengeluarkan kepulan asap setinggi 1,500 meter disertai kejadian gempa bumi pada 7.22 pagi waktu tempatan, lapor agensi berita Xinhua.

Institut itu menggesa orang ramai menjauhkan diri dari kawasan itu.

Gunung berapi Taal antara gunung berapi paling aktif di Filipina, kali terakhir meletus pada Januari 2020, mengakibatkan hampir 380,000 rakyatnya hilang tempat tinggal serta memusnahkan ladang, rumah dan jalan raya di wilayah itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button