Berita Utama

Loh batal pengislaman anak: ‘Kita tidak akan berpeluk tubuh’

Mana mereka yang kecam kita zalim kerana pisahkan ibu dan anak?

AKHIRNYA apa yang kita takuti sudah pun berlaku. Melihat kepada pendirian-pendirian hakim-hakim di Mahkamah Tinggi dalam isu-isu syariah dan Islam, lagi merunsingkan saya.

Mana dia mereka-mereka yang mengecam kita yang mengatakan kita zalim kerana memisahkan ibu dan anak? Yang mengatakan bahawa anak-anak ini dipaksa memeluk Islam? Yang mengatakan kerisauan kita bahawa anak-anak ini akan dimurtadkan oleh si ibu adalah sangkaan semata?

Macam-macam kita dilabel dan ditohmah kononnya kita ekstrim, tidak harmoni dan macam-macam lagi.

Saya tidak tahulah apa perasaan mereka ketika ini, tatkala anak-anak ini cuba dimurtadkan melalui mahkamah. Apakah masih ingin jadi naif dan ‘rahmah’ tak tentu pasal?

Saya dimaklumkan, pasukan peguam-peguam muslim terutamanya bagi pihak majlis agama sedang membuat persiapan yang sepatutnya.

InsyaAllah, saya akan hubungi rakan-rakan peguam, pertubuhan dan pemegang taruh yang berkaitan untuk rancang menggerakkan langkah-langkah strategik untuk mempertahankan akidah anak-anak ini.

Kita tidak akan berpeluk tubuh.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
26 Mac 2022

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button