Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Loh ceroboh keamanan negara, pemimpin Islam berkuasa perlu bertindak

Tidak tercabarkah jiwa mereka untuk bela anak-anak ini

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 23 Syaaban 1443H, Sabtu – Tindakan Loh Siew Hong memohon mahkamah membatalkan pengislaman tiga anak-anak mualafnya dilihat sebagai cubaan menceroboh keamanan negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Presiden BERJASA, Ustaz Haji Zamani Ibrahim berkata, sudah sepatutnya pemimpin di negara ini terutama yang beragama Islam bangun memperbetulkan masalah tersebut.

Katanya lagi, ini adalah waktu yang paling sesuai untuk menggunakan kuasa dimiliki selepas kesucian agama Islam dinodai.

“Kerajaan perlu tunjuk dia sebenarnya membela agenda agama dan bangsa di negara ini, dan tidak perlu takut kerana membela Islam telah termaktub dalam Perlembagaan.

“Ini bermakna sesiapa yang menentang Perlembagaan adalah mengkhianati mandat yang diberikan, bangkitlah wahai pemimpinku untuk bersuara,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata, tiada guna sekiranya pemimpin majoriti Islam tidak bersuara dalam hal ini kerana mereka kini
memiliki tanggungjawab untuk menjaga agama Islam.

“Sekiranya pemimpin yang ada kuasa ini tidak mampu untuk jaga agama, saya seru rakyat di negara ini berhenti angkat mereka sebagai pemimpin kerana mereka ini tiada hawa untuk menjaga agama.

“Adakah semua pemimpin dalam kalangan mereka tidak tercabar atau tersentuh jiwa mereka untuk membela agama apabila melibatkan isu akidah seperti ini,” soalnya.

Dalam masa sama, Ustaz Zamani merayu kepada Majlis Raja-Raja Melayu untuk memainkan peranan yang bersesuaian dengan kedudukannya sebagai payung agama.

“Inilah masanya raja-raja di negeri masing-masing berperanan dan mampu memayungi agama dan rakyat dalam isu yang serius seperti ini,” katanya.

Semalam, Loh membuat permohonan membatalkan pengislaman anak-anaknya yang ditukarkan secara sepihak oleh bekas suaminya.

Pemohonan semakan kehakiman berkenaan difailkan oleh Loh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button