Berita Utama

Pembukaan sempadan: ATM sentiasa siap siaga

Sempadan negara kembali dibuka pada 1 April ini

CYBERJAYA, 23 Syaaban 1443H, Sabtu – Kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada pada tahap tinggi untuk menghadapi sebarang kemungkinan apabila sempadan negara kembali dibuka pada 1 April ini, kata Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang.

“ATM sentiasa kekal bersedia mengukuhkan kawalan di sempadan negara sepanjang masa,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Ekspo Usahawan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 2022 di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lepas mengumumkan Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik dan membuka semula sempadan negara mulai 1 April.

Affendi berkata pihaknya sedang menunggu perincian mengenai protokol pembukaan sempadan oleh Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi membolehkan ATM melaksanakan gerak kerja berdasarkan protokol tersebut.

Dalam perkembangan lain, Affendi berkata 48.2 peratus veteran ATM terlibat dalam perniagaan selepas tamat perkhidmatan bagi meningkatkan tahap sosioekonomi mereka. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button