Berita Utama

Polis siasat video pergaduhan remaja semasa perlawanan bola sepak

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 22 Mac

SHAH ALAM, 23 Syaaban 1443H, Sabtu – Polis Shah Alam sedang menyiasat berkenaan satu video pergaduhan sekumpulan remaja ketika perlawanan bola sepak pada Selasa lepas, yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata video tular berdurasi 32 saat di laman Facebook dimuat naik seorang pemilik akaun yang memaparkan pergaduhan antara remaja itu, kini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 22 Mac, lebih kurang pukul 11 malam semasa berlangsung perlawanan akhir Liga Saujana Putra antara Bandar Putra 2 FC dan Copy Ori FC di Kompleks Akademi Bola Sepak Merah Kuning, U10 Bukit Cherakah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Baharudin mana-mana individu dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video yang viral itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button