Berita UtamaDunia

Polis Israel serang pemuda Palestin tanpa sebab

Tahan kanak-kanak bawah umur tanpa alasan

BAITULMAQDIS, 24 Syaaban 1443H, Ahad – Tanpa alasan yang kukuh, sepasukan polis pengganas Israel menyerang beberapa pemuda Palestin di luar Pintu Gerbang Herod (Bab az-Zahra) di Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

“Polis menyerang beberapa pemuda Palestin, memukul sebahagian daripada mereka dan menyembur serbuk lada kepada yang lain,” kata saksi kejadian.

Katanya, dalam serangan malam tadi, pemuda itu hanya berada di sekitar kompleks Bab az-Zahra apabila anggota unit polis menuju ke arah mereka dan mula menolak dan memukul pemuda berkenaan.

Malah, kemudiannya, anggota polis rejim Zionis itu juga tanpa semena-mena menahan seorang kanak-kanak di bawah umur. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button