Berita UtamaDunia

72 serangan sasar kemudahan kesihatan Ukraine: WHO

71 kematian direkod sejak operasi ketenteraan Russia bermula

MOSCOW, 25 Syaaban 1443H, Isnin – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merekodkan sebanyak 72 serangan mensasarkan institusi penjagaan kesihatan yang menyebabkan 71 kematian sejak operasi ketenteraan Russia di Ukraine bermula, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Ahad.

“Hak untuk penjagaan kesihatan mesti dilindungi,” kata António Guterres menerusi media sosial, lapor Sputnik.

Russia berulang kali menuduh pasukan separa tentera Ukraine menggunakan infrastruktur awam untuk menyerang kedudukan tentera Russia, termasuk menjadikan hospital dan bangunan kediaman sebagai lokasi strategik melepaskan tembakan.- Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button