Kolumnis

Apabila segelintir ultra kiasu Melayu musnah jati dirinya

Ultra kiasu cukup takut apabila bahasa Melayu diperkasakan

APA jua perkara berkaitan Melayu dianggap tidak penting oleh ultra kiasu. Inilah akibatnya apabila orang Melayu saling bercakaran sehingga gagal laksanakan agenda hidup bernegara, sibuk nak dapatkan undi.

Kalau yang bercakap itu bukan Melayu boleh diterima lagi, tetapi yang banyak bercakap itu adalah ultra kiasu Melayu yang telah ‘mampus’ jati dirinya.

Apabila Perdana Menteri mahukan bahasa Melayu dimartabatkan di dalam dan luar negara, bukan main lagi ultra kiasu menyerang, sehingga masuk hal peribadi, kononnya PM tidak fasih berbahasa Inggeris dan macam-macam lagi.

Kalau yang bercakap itu bukan Melayu lagi, tetapi yang banyak bercakap itu adalah ultra kiasu Melayu yang telah ‘mampus’ jati dirinya.

Pemimpin yang dulu begitu tegar memperjuangkan bahasa Melayu baku dan partinya pun senyap sepi. Tidak boleh diharapkan langsung, hanya kerana politik.

Pada saya, sama ada PM fasih atau tidak bahasa Inggeris, itu bukan perkara utama. Begitu ramai pemimpin dunia yang tidak menggunakan BI atau tidak tahu berbahasa Inggeris, negara mereka tetap maju.

Contoh, China, Jepun, Korea, Perancis, Russia dan lain-lain. Negara Thailand, cukup kuat siamnya, terus maju. Indonesia pun begitu. Cuba bandingkan orang Indonesia Cina dengan Cina Malaysia. Jauh bezanya kan?

Negara Filipina amat pekat Bahasa Inggeris, masih tidak ke mana-mana. Begitu juga India. Jadi, apa ukuran kita sebenarnya?

Paling malang, ultra kiasu Melayu bahasa Inggerisnya hebat, baca al-Quran gagap. Mana jati diri kita?

Kepada negara maju ini, jati diri dan identiti negara, jauh lebih penting daripada segalanya. Jati diri inilah yang melonjak kemajuan negara mereka. Kerana dengan nada jati diri, rakyat sanggup sehidup semati dengan negara.

Negara kita berlaku sebaliknya, jati diri boleh dikatakan langsung tidak ada. Pentingkan kaum atau bangsa masing-masing. Ada yang langsung tidak tahu berbahasa Melayu.

Ultra kiasu seperti ini, sekiranya berlaku sesuatu, orang inilah yang paling awal cabut lari. Sebab tidak ada kesetiaan.

Ultra kiasu cukup takut apabila bahasa Melayu diperkasakan, maka mereka terpaksa belajar bahasa kebangsaan dan sudah tentu akan menyusahkan mereka. Lebih-lebih lagi sekolah vernakular.

Mereka tidak boleh menggantungkan papan tanda atau apa jua maklumat dalam bahasa kesukaan mereka. Mereka tidak boleh lagi ‘mencinakan’ kawasan atau bandar mereka.

BM sejak dahulu dianggap tidak penting, tidak ada nilai komersial. Sekadar tahu BM boleh pergi ke mana?

Salah kita juga, kerana baharu sekarang nak kuatkuasakan BM.

Kita sudah ada ramai PM dan Menteri-menteri, rakyat yang pandai berbahasa Inggeris. Ke mana mereka, adakah semua berjaya dalam hidup. Tidak juga. Paling malang, terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Bahasa bukan penentukan kepada kejayaan seseorang tetapi perangai. Bahasa Inggeris hebat macam mana, kalau perangai macam ‘mangkuk hayun’ apa gunanya.

Banyak pemimpin dunia yang tidak tahu berbahasa Inggeris, mereka berucap dalam dalam bahasa ibunda masing-masing di peringkat antarabangsa, tetap dipandang tinggi. Negara mereka tidak pula mundur.

Cuba tengok perdebatan antara PM Turki, Erdogan, ketika berdebat dengan PM Israel, dalam forum ekonomi dunia, suatu ketika dahulu, menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Kelam kabut satu dunia dengan perdebatan mereka. Kenapa? Mereka berjaya menampakkan atau menjadi diri mereka penting.

Kita bagaimana? Hebat berucap dalam bahasa Inggeris? Tetapi negara terkenal dengan hutang 1MDB.

Ingat kata-kata ini dikeluarkan oleh ramai cerdik pandai

I have a dream that one day people will understand that English is a language, not a measure of intelligence.

Saya tidak nafikan kepentingan bahasa Inggeris, keperluan akan menguasainya, kenapa kita tidak pernah risau bahasa kebangsaan, selaku bahasa negara, sudah merempat di bumi sendiri?

Isu memartabatkan BM baharu, sudah lama, tetapi pemimpin kita tidak ada ‘telur’ untuk melaksanakannya. Maka ultra kiasu gunakan kesempatan ini untuk menonjolkan bahasa mereka.

Ultra kiasu amat memandang hina apa juga perkara berkaitan dengan Melayu. Bahasa Melayu, baju Melayu dan adat budaya Melayu.

Pada mereka, jika ikut apa yang pada Melayu, akan jadi ‘soi’ atau sial. Sebab itu, apa juga perkara berkaitan Melayu sukar untuk mereka ikuti atau turuti.

Mereka akan pergunakan Melayu untuk hanya dapat keuntungan. Sanggup menyembah patung orang Melayu, bernama datuk keramat. Selain itu, Melayu tidak penting pada mereka.

Mereka rela menjadi orang barat daripada orang Melayu, walaupun berada di bumi Melayu. Mereka rela jadi orang putih, walaupun mata sepet.

Saya naik muntah apabila melihat exco ultra kiasu mengangkat sumpah baru-baru ini. Semua exco lain memakai baju Melayu bangsa Johor. Hanya tiga ultra kiasu yang sanggup memakai pakaian barat blazer dan tali leher.

Kenapa tidak seragamkan memakai baju kebangsaan Melayu?

Sudah diketahui umum, baju Melayu adalah baju kebangsaan, bukan untuk orang Melayu sahaja. Begitu bahasa Melayu selaku bahasa negara.

Hina sangatkah identiti Melayu, selaku peribumi, yang telah dijadikan identiti kebangsaan?

Sama juga ultra kiasu di peringkat Parlimen, tidak pernah saya sekali saya melihat mereka memakai pakaian kebangsaan Melayu beserta songkok.

Dalam apa jua keadaan kita tetap kalah, ultra kiasu tetap menang.

Ini tidak termasuk, seperti yang saya ramalkan tiga ADUN yang menang atas undi Melayu, dilantik menjadi exco kerajaan negeri Johor. Selepas ini diikuti oleh timbalan. Dalam maksud, semua ADUN mereka yang menang, akan mendapat jawatan dalam pembentukan kerajaan negeri.

Sebab itulah, saya nasihat kepada semua pemimpin Melayu, jangan terlalu sangat berpolitik sehingga terlepas pandang agenda hidup bernegara. Terlalu ghairah mahukan undi ultra kiasu Cina (India), sehingga terpaksa menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara.

Saya cukup malu dengan pemimpin yang menjaja dia jaguh yang memberikan kelulusan dan dana sekolah Cina dan sekolah persendirian Cina, bagi menunjukkan dia pemimpin hebat semua kaum. Walhal sebenarnya kita sudah menggadaikan agenda hidup bernegara.

Akhirnya, kamu dapat apa?

Misalnya, kegagalan kerajaan meluluskan rang undang-undang mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) kepada pembangkang dengan mendakwa Pakatan Harapan (PH) melanggar perjanjian mereka dengan Putrajaya.

Siapa yang menggagalkannya? Kalau bukan kita sendiri

Kita sendiri yang menggagalkan, hanya kerana bencikan seseorang.

Ramai Ahli Parlimen kerajaan tidak hadir dewan, termasuk pemimpin kanan mereka. Lepas itu salahkan orang lain.

Sudah-sudahlah berpolitik. Fikirkan masa depan. Fikirkan masa depan agama, bangsa dan negara.

Apa guna menang sorak, kampung tergadai.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button