Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Uncategorized

MAFI salur bantuan lebih RM90 juta kepada petani terjejas banjir

Bantuan yang disalurkan meliputi input pertanian, peralatan dan mesin

KUALA LUMPUR, 25 Syaaban 1443H, Isnin –  Lebih RM90 juta bantuan telah disalurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) kepada petani terjejas akibat banjir, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, bantuan yang disalurkan meliputi input pertanian, peralatan dan mesin pertanian.

“Bantuan yang diberikan MAFI bukan dalam bentuk kewangan sebaliknya meliputi input pertanian, peralatan, mesin dan bantuan lain yang bersesuaian, sebanyak RM90.6 juta telah disalurkan setakat ini.

“(Manakala bagi) kelulusan pembangunan semula projek agro makanan (PPSA) 2022 sejumlah RM20.4 juta diperuntukkan dan telah diluluskan melibatkan 1,821 penerima yang terkesan banjir,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Ronald menjawab soalan tambahan Senator Datuk Nelson Renganathan yang ingin tahu bantuan dihulurkan kerajaan kepada pekebun kecil terkesan akibat perubahan iklim. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button