Berita Utama

Malaysia terima hampir RM1 bilion bantuan keselamatan sejak 2018, kata Jeneral AS

AS nantikan rundingan strategik dua negara, pertingkat hubungan bilateral

BANGI, 25 Syaaban 1443H, Isnin – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) meluluskan kira-kira AS$230 juta (RM1 bilion) bantuan keselamatan untuk Malaysia.

Jeneral Pemerintah, Tentera Amerika Syarikat Pasifik (USARPAC), Jeneral Charles A. Flynn seperti dilapor akhbar The Star berkata, dana itu diperuntukkan dari 2018 hingga sekarang.

Ia merangkumi penyediaan peralatan, pendidikan, latihan dan program pertukaran lain.

“Untuk tujuan ini, sepanjang tahun kewangan 2018 hingga 2022, Amerika Syarikat telah meluluskan kira-kira AS$230 juta – hampir satu bilion ringgit – dalam bantuan keselamatan untuk Malaysia termasuk penyediaan peralatan, pendidikan, latihan dan program pertukaran lain.

“Kami menantikan rundingan strategik Malaysia-AS tahun ini yang menjanjikan peningkatan hubungan bilateral,” katanya pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

Dalam sidang akhbar susulan, beliau berkata, tentera dari pelbagai negara di rantau ini teruja untuk kembali ke latihan ketenteraan berskala penuh selepas lebih banyak sekatan COVID-19 ditarik balik.

Katanya, walaupun pandemik sejak dua tahun lalu, askar dan ketua tentera sentiasa mencari jalan untuk menjalani latihan dan senaman ketenteraan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button