Berita UtamaDunia

Taliban larang kakitangan kerajaan tanpa janggut bekerja

Pekerja akan dipecat jika tak patuhi kod etika pakaian

KABUL, 25 Syaaban 1443H, Isnin – Taliban mengarahkan semua kakitangan kerajaan untuk mempunyai janggut dan mematuhi kod etika berpakaian atau berisiko dipecat.

Reuters memetik tiga sumber sebagai berkata, wakil Kementerian Kebajikan dan Pencegahan Maksiat sedang membuat rondaan di pintu masuk ke pejabat kerajaan pada hari ini bagi memeriksa sama ada pekerja mematuhi peraturan baharu terbabit.

Dua daripada sumber berkata, kakitangan diarahkan untuk tidak mencukur janggut dan memakai pakaian tempatan yang labuh dan longgar dengan topi atau serban.

Mereka juga diberitahu untuk solat tepat pada waktu.

Pekerja diberitahu mereka tidak akan dapat memasuki pejabat mulai hari ini dan akhirnya akan dipecat jika mereka tidak memenuhi kod pakaian, kata sumber itu.

Jurucakap Kementerian Moral Awam, bagaimanapun tidak memberi maklum balas terhadap laporan media.

Minggu lalu, Taliban melarang wanita menaiki penerbangan tanpa pendamping lelaki dan gagal membuka sekolah perempuan seperti yang dijanjikan.

Pada Ahad, ia mengarahkan taman diasingkan mengikut jantina, dengan wanita dibenarkan masuk tiga hari seminggu, dan lelaki empat hari lagi, termasuk hujung minggu, bermakna pasangan yang sudah berkahwin dan keluarga tidak boleh berkunjung bersama.

Tindakan ‘pusingan U’ diumumkan Rabu lalu membawa protes daripada masyarakat antarabangsa termasuk Amerika Syarikat yang menarik diri daripada mesyuarat yang dirancang dengan pegawai Taliban di Qatar untuk membincangkan isu ekonomi utama.

Sebelum ini, Taliban menarik semula keputusan bagi membenarkan semua pelajar perempuan sekolah menengah di Afghanistan kembali meneruskan sesi persekolahan.

Taliban memerlukan negara Barat untuk menarik balik sekatan yang melumpuhkan ekonomi Afghanistan. – Agensi

Pautan terdahulu;

Taliban tarik balik kebenaran pelajar perempuan bersekolah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button