Berita UtamaDunia

13 penduduk Palestin ditahan dalam beberapa serbuan di Tebing Barat

Tentera Israel geladah rumah, tahan penduduk tanpa alasan

RAMALLAH, 26 Syaaban 1443H, Selasa – Tentera pengganas Israel menahan sekurang-kurangnya 13 penduduk Palestin dalam beberapa serbuan di seluruh Tebing Barat, semalam.

Rejim Zionis menahan dua rakyat Palestin selepas menceroboh dan menggeladah kediaman mereka di bandar Qabatiya, selatan Jenin.

Tindakan itu mencetuskan protes jalanan oleh golongan remaja Palestin yang tidak berpuas hati sebelum bertindak membaling batu ke arah pasukan tentera sehingga memaksa mereka melepaskan tembakan.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

Di daerah Nablus, kenderaan tentera Zionis menyerbu kampung al- Lubnan ash-Sharqiya dan menahan dua penduduk di kawasan berkenaan.

Pasukan tentera turut menyerbu bandar Beita, tenggara Nablus dengan menggeladah beberapa rumah penduduk dan menahan dua penduduk termasuk bekas banduan.

Mereka juga melakukan perkara sama di Kampung Urif, selatan Nablus menyebabkan seorang penduduk ditahan.

Pasukan tentera negara haram terus bertindak zalim apabila menyerbu kediaman keluarga bekas banduan di bandar Tammoun sebelum menahannya tanpa sebab.

Di selatan Tebing Barat, tentera menyerbu kawasan kejiranan di Jabal al-Mawalih. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button