Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Ada pihak takkan berdiam diri selagi agama 3 anak Loh tak ditukar

Isu ini penanda aras sejauh mana umat Islam cakna isu murtad

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 26 Syaaban 1443H, Selasa – Tindakan Loh Siew Hong membuat permohonan membatalkan pengislaman anak-anaknya yang ditukarkan secara sepihak oleh bekas suaminya bukanlah satu perkara di luar jangkaan.

Sebaliknya, ia dianggap modus operandi biasa pihak tertentu yang berusaha untuk mencabar keislaman tiga anak ibu tunggal itu yang telah memeluk agama Islam secara sah.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Mohd Noor Azib Asmangi berpandangan, langkah Loh didorong pihak tertentu yang sentiasa berusaha dan tidak akan berdiam untuk mencabar keabsahan institusi agama – dalam kes ini Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips).

Bahkan, beliau berkata, isu yang berlaku ini adalah penanda aras sejauh mana umat Islam hari ini cakna mengenainya serta prihatin terhadap isu murtad.

“Jadi sebab itu apabila ada tindakan segelintir pimpinan negara, Ahli Parlimen dan sebagainya yang tidak bangga anak ini masuk Islam, kita merasakan bahawa itu tindakan sangat tidak bertanggungjawab dan mereka sebenarnya tidak bangga pun dengan agama Islam.

“Begitu juga mereka yang merasakan tindakan memurtadkan semula anak-anak ini satu tindakan yang boleh diterima, sebenarnya kita tidak boleh mengharapkan apa-apa langsung kepada Ahli Parlimen yang mempunyai pandangan sebegini apatah lagi untuk mempertahankan agama Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Bagi memastikan kemenangan tidak berpihak kepada puak liberal, beliau menggesa umat Islam peka terhadap isu pencabaran agama ketiga anak Loh yang telah pun memeluk agama Islam.

Katanya, isu berkenaan – yang belum menemui titik noktah – adalah satu cabaran kepada agama serta kepercayaan masyarakat terhadap agama Islam.

“Secara keseluruhan, umat Islam kena perbanyakkan lagi usaha positif supaya menjelaskan kepada masyarakat bahawa masuk Islam satu langkah yang baik, murni dan suci.

“Ia tidak seharusnya menjadi ancaman dan seolah-olah bebanan kepada mereka yang bukan Islam,” katanya.

Pautan terdahulu;

Loh mohon batal pengislaman anak-anak secara sepihak

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button