Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

AS benar dos penggalak kedua untuk individu 50 tahun ke atas

Boleh bantu tingkatkan tahap perlindungan pada golongan berisiko

WASHINGTON, 27 Syaaban 1443H, Rabu – Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) membenarkan pemberian dos penggalak kedua bagi vaksin Pfizer-BioNTech atau Moderna untuk golongan dewasa berusia.

Agensi itu berkata, dos penggalak kedua boleh diberikan kepada individu berumur 50 tahun ke atas, sekurang-kurangnya empat bulan selepas mendapat dos penggalak pertama bagi mana-mana vaksin COVID-19 yang diluluskan.

“Tindakan ini akan menjadikan dos penggalak kedua vaksin ini tersedia kepada populasi lain yang berisiko tinggi daripada mendapat gejala serius, masuk ke hospital dan kematian,” kata FDA dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut FDA, dos penggalak kedua vaksin boleh diberikan kepada individu berumur 12 tahun ke atas dengan jenis imunokompromi tertentu, empat bulan selepas suntikan dos penggalak pertama.

“Ini (membabitkan) individu yang telah menjalani pembedahan organ atau mereka yang dalam keadaan dianggap mempunyai tahap imunokompromi yang setara,” katanya.

Pengarah Pusat Biologi Penilaian dan Penyelidikan FDA, Peter Marks berkata, berdasarkan analisis data, dos penggalak kedua – sama ada vaksin Pfizer-BioNTech atau Moderna – boleh membantu meningkatkan tahap perlindungan kepada individu berisiko tinggi.

“Selain itu, data menunjukkan bahawa dos penggalak awal adalah penting dalam membantu melindungi semua individu dewasa daripada mendapat kesan teruk jangkitan COVID-19.

“Jadi, mereka yang belum menerima dos penggalak pertama adalah disarankan untuk berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan.-¬† Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button