Lebih 4 juta rakyat Ukraine larikan diri dalam tempoh 5 minggu: UNCHR
Dianggarkan 6.5 juta penduduk dipindahkan dari tempat tinggal

GENEVA, 27 Syaaban 1443H, Rabu – Lebih daripada 4 juta rakyat Ukraine melarikan diri sejak Russia melancarkan perang dalam krisis pelarian terbesar di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata, jumlah berkenaan dimuat naik di laman web Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Lebih 2.3 juta melarikan diri ke Poland manakala yang lain berhijrah ke beberapa negara atau pulang semula ke Ukraine.
Jumlah itu bagaimanapun dilihat berkurangan sejak beberapa hari kebelakangan ini selepas orang ramai menunggu perkembangan berkaitan peperangan berkenaan.
Dianggarkan 6.5 juta penduduk dilaporkan dipindahkan dari tempat tinggal mereka walaupun kekal di tanah air sendiri.
Sementara itu, agensi pelarian itu turut memaklumkan lebih daripada 608,000 telah memasuki Romania, manakala 387,000 penduduk pula melarikan diri ke Maldova selain kira-kira 364,000 berhijrah ke Hungary sejak tercetus peperangan pada 24 Februari lalu.
Sejak bermula perang, UNCHR menganggar kira-kira 4 juta penduduk Ukraine melarikan diri.
“Pelarian Ukraine kini berjumlah 4 juta dalam masa lima minggu selepas serangan bermula dari Russia,” katanya Pesuruhjaya UNCHR, Filippo Grandi.
Beliau yang kini berada di Lviv akan mengadakan perbincangan bersama PBB dan pihak berkaitan bagi meningkatkan sokongan kepada penduduk terjejas.
Jelasnya, jumlah pelarian yang dilaporkan itu melepasi anggaran awal UNHCR.
Pasukan UNHCR dan rakan kongsi berkata, mereka telah berusaha untuk memberikan perlindungan, tempat perlindungan kecemasan, bantuan wang tunai, barangan asas serta perkhidmatan kritikal lain kepada mereka yang melarikan diri. – Agensi