Berita Utama

Resolusi Konvensyen Perundangan 2022: Mengarusperdanakan Syariah

PEMBELA bentuk pasukan pemikir khas kaji aspek perundangan di Malaysia

1. ALHAMDULILLAH, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dengan jayanya telah menganjurkan Konvensyen Perundangan pada 30 Mac 2022 yang mengumpulkan pemegang-pemegang taruh berkaitan.

2. Sidang konvensyen bersepakat bahawa siri-siri tekanan terhadap Islam melalui perundangan adalah suatu yang membimbangkan dan menggugat kedaulatan Islam di Malaysia.

3. Sidang konvensyen melalui sekretariat PEMBELA akan membentuk sebuah pasukan pemikir khas yang secara strategik mengkaji keseluruhan aspek perundangan di Malaysia untuk menghadapi cabaran serta memperbetulkan keadaan.

4. Pihak sekretariat selaku penyelaras inisiatif ini akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk agensi kerajaan bagi menjayakan agenda ini.

5. Semua kepimpinan negara yang beragama Islam diseru agar menyokong usaha ini atas dasar prinsip dan kebersamaan agama Islam.

6. Kempen Cintai Syariah yang dilancar dan digerakkan ke seluruh negara untuk memberi kesedaran dan penerangan mengenai sistem perundangan syariah di negara kita.

7. Akhir sekali, visi agar Syariah menjadi asas pembinaan negara dengan memberikan keadilan dan kesejahteraan kepada semua perlu digenggam erat oleh semua umat Islam.

‘MENGARUSPERDANAKAN SYARIAH’

Aminuddin Yahaya
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button