Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Serangan gudang makanan boleh bawa kepada bencana ekologi

50,000 tan makanan musnah dalam serangan udara Russia

KYIV, 27 Syaaban 1443H, Rabu – Pihak berkuasa Ukraine memberi amaran bahawa serangan berterusan Russia yang memusnahkan gudang makanan di bandar Brovary, boleh membawa kepada bencana ekologi.

Kementerian Pertahanan Ukraine membawa wartawan melawat ke gudang penyejukan di Brovary, yang musnah akibat serangan udara Russia pada 13 Mac lalu.

Datuk Bandar Brovary, Igor Saposhka berkata, 50,000 tan makanan terutamanya ikan, daging, ayam dan buah-buahan di gudang itu musnah akibat serangan berkenaan.

Katanya, pihak berkuasa sedang berusaha membersihkan makanan yang musnah supaya bencana ekologi tidak berlaku di wilayah itu.

Dalam satu kenyataan, pegawai di pusat makanan itu memberitahu bahawa bau busuk makanan itu meresap ke udara di sekitar kawasan, dan ia berisiko membawa kepada bencana ekologi jika hujan atau cuaca panas.

Media turut dibawa melawat pusat bantuan kemanusiaan yang terletak di Brovary dan struktur yang musnah akibat serangan udara Russia.

Peperangan Russia terhadap Ukraine mencetuskan kemarahan antarabangsa, dengan Kesatuan Eropah (EU), AS dan UK antara lain melaksanakan sekatan kewangan ke atas Moscow.

Sekurang-kurangnya 1,179 orang awam telah terbunuh di Ukraine dan 1,860 cedera, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menjangkakan angka sebenar jauh lebih tinggi.

Malah, lebih 3.9 juta rakyat Ukraine juga melarikan diri ke beberapa negara Eropah, dengan berjuta-juta lagi hilang tempat tinggal dalam negara itu.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button