Berita UtamaDunia

Bennett gesa rakyat Israel angkat senjata

Mahu jejaki individu ada kaitan dengan kumpulan pengganas IS

TEL AVIV, 28 Syaaban 1443H, Khamis – Perdana Menteri negara haram Israel menyeru, sukarelawan untuk memperkukuh pasukan tentera serta polis, dan pada masa mengumumkan penubuhan ‘briged polis sempadan’ baharu.

Naftali Bennett turut menyeru pemilik senjata untuk melengkapkan diri mereka di khalayak ramai selepas lima orang terbunuh di kawasan Yahudi ultra-Ortodoks di Tel Aviv.

“Selepas tempoh sunyi, terdapat letusan keganasan oleh mereka yang ingin memusnahkan kami, mereka yang mahu mencederakan kami dalam pelbagai cara.

“Apa yang diharapkan daripada kamu, warga Israel? Kewaspadaan dan tanggungjawab. Sesiapa yang mempunyai lesen senjata api, inilah masanya untuk membawa pistol.

“Kami juga sedang menilai rangka kerja yang lebih besar untuk melibatkan sukarelawan awam yang ingin menolong dan memberi bantuan,” kata Bennett dalam satu kenyataan video dari rumahnya pada hari Rabu di mana beliau dikuarantin selepas disahkan positif COVID-19.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas tembakan pada hari Selasa, yang berlaku beberapa hari selepas dua kejadian serupa menyebabkan enam orang maut dan sejumlah lagi cedera.

Tiga daripada empat penyerang dalam serangan tersebut, yang semuanya maut ditembak selepas itu adalah warga Palestin Israel.

“Kami sedang mengalami gelombang keganasan yang membunuh dan seperti dalam semua gelombang sebelumnya, kali ini kami juga akan mengatasinya,” kata Bennett.

Perdana Menteri berkata kerajaannya bersetuju untuk membentuk ‘briged polis sempadan’ baharu yang akan menjejaki mereka yang pernah mempunyai sebarang kaitan dengan kumpulan pengganas IS. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button