Berita UtamaDunia

Erdogan sekali lagi tukar status bekas gereja kepada masjid

Mahkamah Turki lulus tukar status Muzium Kariye pada November

ISTANBUL, 2 Muharram 1442H, Jumaat – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan hari ini mengarahkan sebuah lagi gereja Ortodoks yang menjadi masjid sebelum ditukarkan kepada muzium popular di sini dikembalikan sebagai tempat beribadah umat Islam.

Keputusan untuk mengubah Muzium Kariye menjadi masjid dibuat sebulan selepas penukaran kontroversi sama untuk tapak warisan dunia diiktiraf oleh UNESCO, Hagia Sophia.

Sejarah bangunan berusia 1,000 tahun itu hampir sama dengan Hagia Sophia di tebing barat bersejarah – Golden Horn – di sebelah Eropah Istanbul.

Gereja itu ditukar menjadi Masjid Kariye untuk setengah abad selepas penaklukan Constantinople pada tahun 1453 oleh Turki Uthmaniyyah.

Ia kemudian menjadi Muzium Kariye selepas Perang Dunia Kedua apabila Turki terus ‘ke depan’ dengan penciptaan sebuah republik baharu yang lebih sekular.

Sekumpulan sejarawan seni Amerika Syarikat (AS) kemudian membantu memulihkan mozek gereja yang asli dan membukanya untuk dipamerkan pada tahun 1958.

Mahkamah tertinggi Turki meluluskan penukaran muzium itu menjadi masjid pada bulan November lalu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button