Berita UtamaDunia

Russia tempatkan semula 20 peratus tentera di Ukraine

50 kawasan termasuk hospital, sekolah dibedil Moscow

KYIV, 28 Syaaban 1443H, Khamis – Russia menempatkan semula kira-kira 20 peratus pasukan tentera di sekitar Ukraine dan memberi amaran bahawa Moscow dijangka memberikan bekalan penempatan semula.

Pasukan tentera Russia telah mengebom pedalaman Kyiv dan bandar Chervihiv, utara Ukraine semalam, sehari selepas mengaku mahu mengurangkan operasi ketenteraan di kedua-dua bandar berkenaan.

Tindakan itu dilakukan selepas lima minggu melakukan pencerobohan, yang mana Russia dilihat gagal menawan bandar besar di negara itu.

Pegawai Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) berkata, Russia turut membedil 50 kawasan termasuk hospital, sekolah dan kawasan perumahan di sekitar Ukraine dalam tindakan yang dianggap sebagai jenayah perang.

Sementara itu, pegawai Ukraine menafikan kenyataan Russia untuk menghentikan operasi berhampiran Kyiv dan bandar Chernihiv, selain menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai cubaan meningkatkan rasa percaya terhadap rundingan damai.

“Itu adalah tidak benar. Sepanjang malam kami mendengar bunyi siren, serangan roket dan letupan besar berhampiran timur dan utara Kyiv.

“Berlaku pertempuran yang sengit di sana. Ada yang sudah meninggal dunia dan masih ada yang terbunuh,” menurut Datuk Bandar Kyiv, Vitali Klitschko.

Ukraine dan pemimpin negara Barat memberi amaran bahawa langkah perdamaian Moscow di Istanbul, Turki adalah helah untuk menyusun semua kekuatan tentera yang gagal menawan Kyiv.

Sementara itu, jurucakap Pentagon, John Kirby berkata, sebahagian pasukan tentera Russia kemungkinan telah bergerak ke Belarus.

“Mereka telah meninggalkan Kyiv dan menuju ke arah utara,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button