Berita Utama

Loh buat laporan polis terhadap Dewan Ulama PAS

Laporan turut dibuat ke atas seorang pendakwah bebas

BANGI, 29 Syaaban 1443H, Jumaat – Ibu kepada tiga remaja mualaf, Loh Siew Hong membuat laporan polis terhadap Dewan Ulama PAS, hari ini.

Selain itu, ibu tunggal itu turut membuat laporan polis terhadap pendakwah bebas, Firdaus Wong yang didakwa menfitnahnya.

“Tujuan saya membuat laporan polis ini supaya tindakan boleh diambil terhadap mereka yang terlibat,” katanya seperti dipetik portal Malaysiakini.

Laporan polis dibuat pagi tadi di Balai Polis Sentul.

Loh sebelum ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi pada 25 Mac lalu untuk memohon pengisytiharan tindakan bekas suaminya menukar agama tiga anaknya di bawah umur kepada Islam adalah tidak sah.

Beliau juga memohon pengisytiharan peruntukan dalam enakmen Perlis yang membenarkan ibu atau bapa menukar agama anak di bawah umur mereka secara unilateral sebagai tidak berperlembagaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button