Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

PDRM terus jalan operasi pematuhan SOP dalam fasa peralihan endemik

Tindakan diambil jika individu sengaja langgar peraturan ditetapkan

BANGI, 29 Syaaban 1443H, Jumaat – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus menjalankan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di seluruh negara dalam tempoh fasa peralihan ke endemik yang mula berkuat kuasa hari ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, ini bagi memastikan masyarakat kekal mematuhi SOP yang telah ditetapkan demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa.

“Individu yang didapati sengaja melanggar peraturan yang ditetapkan, akan diambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) mengikut SOP terkini bertarikh 1 April 2022 dan warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 31 Mac 2022 P.U. (A) 83,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bermula hari ini, negara beralih ke fasa peralihan endemik selepas lebih dua tahun berdepan cabaran pandemik COVID-19 yang menyaksikan pelbagai kawalan dan sekatan dilaksanakan.

Ini termasuklah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama pada 18 Mac 2020, penutupan sempadan negara, pengenalan amalan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka di tempat awam serta penggunaan aplikasi MySejahtera.

Namun, fasa peralihan ke endemik menyaksikan pelbagai kelonggaran diberikan semula, termasuk aktiviti solat jemaah di masjid dan surau, pembukaan sempadan serta waktu operasi premis perniagaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button