Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

40,000 tan beras dihantar segera ke Sri Lanka sebagai bantuan makanan asas

Kini bergelut bayar import penting selepas penurunan 70 peratus rizab pertukaran asing

MUMBAI, 30 Syaaban 1443H, Sabtu – Sebanyak 40,000 tan beras dihantar dengan segera ke Sri Lanka sebagai bantuan makanan asas buat julung kali.

Penghantaran makanan ruji itu dibuat sebelum sambutan perayaan utama di Sri Lanka.

Negara kepulauan Lautan Hindi dengan kepadatan 22 juta penduduk itu kini bergelut untuk membayar import penting selepas penurunan 70 peratus rizab pertukaran asing dalam tempoh dua tahun.

Keadaan itu menyebabkan penurunan nilai mata wang hingga terpaksa mendapatkan bantuan daripada pemberi pinjaman dunia.

Sri Lanka kini turut berdepan kekurangan bekalan bahan api, lonjakan harga makanan, dengan protes turut berlaku ketika kerajaan bersiap sedia berunding dengan Tabung Kewangan Antarabangsa di tengah-tengah kebimbangan terhadap keupayaan negara itu untuk membayar balik hutang semula.

Bulan lalu, India yang juga pengeksport beras terbesar dunia, menyatakan persetujuan untuk menyediakan kemudahan kredit berjumlah USD1 bilion (RM4.21 bilion) susulan kekurangan barangan keperluan yang mendesak, termasuk bahan api, makanan dan ubat-ubatan.

Penghantaran beras ini boleh membantu Colombo menurunkan harga beras yang meningkat dua kali ganda dalam setahun.

Sementara itu, Pengarah Urusan Pattabhi Agro Foods, B V Krishna Rao yang membekalkan beras kepada Sri Lanka State Trading (General) Corp di bawah perjanjian kemudahan kredit India berkata, kerja-kerja penghantaran beras berkenaan telah dimulakan di pelabuhan di bahagian selatan.

“Pada awalnya, kami memuatkan barangan menggunakan kontena untuk penghantaran segera dan ia akan dimasukkan dalam kapal, beberapa hari lagi,” katanya.

Terdahulu, Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa mengisytiharkan perintah darurat di seluruh negara itu, berikutan protes ganas berhubung krisis ekonomi terburuk negara itu dalam tempoh beberapa dekad. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button