Berita Utama

Acryl Sani kata kartel tak wujud dalam PDRM

‘Sekiranya ia wujud, kita akan lihat sekelompok individu berada di depan’

BANGI, 30 Syaaban 1443H, Sabtu – Tiada kertel atau campur pihak luar dalam menentukan jawatan tertentu dalam kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pada masa ini.

Demikian kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sambil menegaskan sekiranya perkara berkenaan wujud dalam kepimpinan hari ini ia pasti dapat dikenalpasti.

“Pada pandangan saya, isu kartel dalam PDRM tidak wujud kerana sekiranya ia wujud, kita akan lihat sekelompok individu yang berada di depan.

“Tapi, apa yang pastinya penempatan pegawai dan anggota adalah melalui langkah dan tapisan daripada peringkat kontinjen, jabatan pengurusan sebelum kepada saya (Ketua Polis Negara).

“… dan akan dikemukakan ke Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) untuk keputusan akhir,” katanya seperti dipetik portal tempatan, hari ini.

Malah, beliau menjelaskan, tapisan ketat dibuat dan agak sukar untuk melihat berlakunya seperti yang dikatakan kartel.

Acryl Sani berkata, jika ada campur tangan luar, ia akan mengakibatkan susunan pegawai kanan menjadi tidak teratur.

“Perkara ini tidak berlaku seperti mana yang digambarkan,” katanya.

28 Februari lalu, Barisan Pesuruhjaya EAIC sebulat suara mendapati bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador telah hilang haknya untuk membuat sebarang komen berkenaan isu kartel ini.

Perkara berkenaan berlaku berikutan dalam rakaman percakapan dengan EAIC, beliau gagal mengemukakan sebarang bukti bagi mengukuhkan dakwaan itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button