Berita Utama

Tarekat Naqsyabandiah bercanggah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jakim sahkan tarekat seleweng ajaran Islam

BANGI, 30 Syaaban 1443H, Sabtu – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jakim berkata, tarekat itu didapati menyeleweng daripada ajaran Islam oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majiis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali ke-48 pada 3 April 2000.

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-86 pada 2009 juga mengekalkan keputusan tersebut selain menghendaki pengamal ajaran tersebut segera bertaubat.

“Muzakarah MKI kali ke-116 pada 2019 sekali lagi membincangkan kertas kajian semula mengenai kedudukan itu dan bersetuju mengekalkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-48 tahun 2000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Merujuk kepada pandangan Jawatankuasa Muzakarah MK kali ke-117 pada tahun 2020, muzakarah tidak membuat sebarang keputusan untuk meminda atau membatalkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-48 tahun 2000.

Semalam, pengikut tarekat itu di Sumatera dan Tarekat Syattariyah di Aceh memulakan ibadah puasa Ramadan.

Jemaah Naqsabandiyah melaksanakan ibadah puasa berpandukan kiraan Hisab Qamariyah dalam Kitab Munjid.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button